Thursday 19 February 2009

Bismillah-ir-rahman-ir-rahim

"ai, dah sambung internet kat rumah, apalagi, buatlah blog" cadang seorang rakan.

"akak study kat Mesir kan? mesti banyak cerita yang lain dari yang lain dari kami, buatlah blog, boleh kami adik-adik di luar Mesir ni baca coretan pasal Mesir pula" luah seorang adik, nun jauh di bumi Ireland.

"kata minat menulis, sekaranglah masanya nak berlatih dan tunjukkan bakat" kenalan rapat memberi semangat.

Perbualan di atas adalah di antara beberapa saranan dari kenalan saya untuk berkecimpung dalam penulisan melalui blog. Saya mempunyai dua tiga alasan yang tersendiri, mengapa begitu liat untuk menulis, khususnya melalui blog. Ah, hanya yang mengalami sahaja tahu betapa beratnya beban yang di pikul di bahu.

Saya mempunyai rabun silau yang amat kuat, dan ianya menyebabkan saya sukar untuk menatap komputer pada satu jangka masa yang panjang. Ianya akan menyebabkan saya mengalami migrain.

Dan jika tidak silap saya, pada tahun 2006 saya ada membina satu laman blog yang dikongsi bersama seorang teman. Kisahnya sungguh panjang, tetapi cukuplah dengan menyatakan bila teman yang pakar berkaitan blog berkenaan telah menghilangkan diri, maka secara automatiknya blog tersebut juga hanya tinggal kenangan. Dan saya sudah lama tidak "sign in" untuk mengikuti perkembangan blog tersebut mahupun pemilik kedua blog itu.

Alhamdulillah, dengan sedikit semangat yang masih berbaki, saya gagahkan juga diri ini untuk membina satu laman blog khusus untuk saya, ianya tidak lebih dari perkongsiaan suka duka, perjalanan jatuh bangun dan ilmu-ilmu pengkhususan jurusan yang saya ambil sepanjang pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Azhar Mesir, inshaAllah.

Blog ini juga saya dedikasikan buat enam orang sahabat saya yang lain, Aisyah, Mashitah, Noraini Othman, Fatimah, Nuruddin dan Noraini Mohtar. Semoga hari-hari yang saya lalui bersama kalian berenam, akan dapat saya dan anak cucu saya kenang.

narumi aizawa
cairo city
republic arab of egypt

19hb february 2009
@ 3.15 p.m

No comments:

Post a Comment